Saturday 7 March 2009

Satu kenangan..

4 hari telah berlalu...sejak saya keguguran, saya terasa seakan saya lebih dekat dengan Allah. Saya rasa seperti saya mahu sujud, bercakap dengan Allah untuk beberapa lama. Saya rasa itu sahaja yang membuat saya rasa tenang dan dapat melupakan peristiwa pilu itu. Panggilan2 telefon, pesanan2 ringkas dari kawan2 membuatkan saya lebih insaf bahawa setiap yang berlaku adalah atas kehendak Allah. Kalau dulu, saya banyak menyalahkan diri sendiri, persekitaran, kerja yang berlambak, tapi kini saya redha..dan saya lebih yakin bahawa Allah lebih Mengetahui apa yang tidak kita ketahui.

Saya bernasib baik ada suami, anak2, mak abah, adik2 serta kawan2 yang sentiasa memberi semangat untuk saya hadapi peristiwa sedih ini. Terima kasih semua...Hari kedua saya keguguran, anak keempat saya, Ika, bertanya kepada saya,"Mama, perut mama dah kurus. Baby kat mana? Doktor simpan ya?" Saya senyum sahaja. Itu saja yang mampu saya respon buat masa itu. Saya biarkan kakak dan abangnya yang jelaskan perkara yang sebenar.

Bila saya sendirian, saya masih terkenang waktu saya mula2 hamil. Bila saya beritahu pada suami tentang kehamilan ini, dialah orang yang paling gembira. Saya berazam untuk menjaga kehamilan ini sebaik2nya kerana kami bercadang kehamilan ini adalah yang terakhir untuk saya. Tapi kuasa Allah mengatasi segala2nya...

Hari Selasa nanti, saya akan memulakan kerja seperti biasa. Saya harap saya akan dapat memberikan komitmen yang terbaik untuk kerja2 saya. Saya tak nak jadikan peristiwa lepas sebagai satu alasan untuk saya gagal melaksanakan tugas2 saya atau mengurangkan aktiviti2 saya. Saya berazam memberikan yang terbaik untuk suami, anak2 dan juga kerjaya saya. Saya berdoa semoga Allah akan merestui dan memberkati niat saya ini. Amin..

2 comments:

  1. Salam,

    Takziah kami ucapkan. Semoga Kak tabah dan redha dengan ketentuan Nya.

    Syah dan Imah
    Perth

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Syahrul dan Imah. Kak Zu doakan Syahrul berjaya dalam pengajian PhD di sana. Tahniah untuk Imah dan Syahrul atas kenaikan pangkat ke DM52. Allah sentiasa memberi yang terbaik untuk kita...Amin.

    ReplyDelete