Friday 27 February 2009

Bersyukur...

Hari ini saya mula menulis blog sendiri. Rasa macam banyak nak diceritakan. Semalam saya membaca entri seorang kawan. Membacanya entrinya membuatkan saya insaf..cerita tentang Al-Jabbar, salah satu nama Allah, yang bererti Yang Menghendakinya. Sebagai muslim, kita percaya bahawa jika Allah menghendaki sesuatu perkara itu terjadi, maka ia akan terjadi. Sebagai hambaNya, saya redha pada Qada' dan QadarNya. Allah telah menjanjikan, jika kita menerima sesuatu itu dengan redha dan bersyukur, maka Allah akan menjanjikan kegembiraan akhirnya.

Hari ini saya berasa amat bersyukur..dikelilingi suami yang penyayang dan anak-anak yang comel serta bijak. Waktu berdoa selepas solat tadi, airmata saya tiba2 mengalir tatkala mendoakan untuk kebahagiaan keluarga kami. Saya berasa amat terharu. Saya rasakan bahawa selama ini saya abaikan rasa syukur dengan kurniaan Allah ini. Saya bertekad untuk memberikan yang terbaik sebagai seorang ibu kepada anak-anak saya yang nak masuk enam orang ni..Saya mahu menjadi isteri yang mulia di sisi seorang suami. Namun saya akan redha jika sesuatu berlaku seperti yang Allah kehendaki.

Apa yang ada dihati saya adalah satu...dan yang satu itu adalah kasih sayang untuk suami dan anak-anak (selain mak dan abah). Semoga Allah sentiasa merahmati hidup kami....

permulaan..

satu permulaan..jeng..jeng..jeng..