Monday 24 January 2011

ALHAMDULILLAH

22 Januari saya sekali lagi ditemani suami menjalani pemeriksaan rutin di Klinik UMRA. Kali ini kena minum air gula dan ambil darah sekali lagi. Fuh..!! Macam biasa...rasa pening2 aje bila kena minum air gula tu..Nasib baik hari ini suami yang teman dan memandu untuk saya. Nak menunggu pukul 9.30 pagi untuk ambik darah sekali lagi (untuk tentukan paras gula dalam darah)..rasanya macam terlalu lama. Nasib baik hari ini, bibik, mak dan abah, dikha sekeluarga ada kat rumah. Merekalah yang menyediakan sarapan dan lunch untuk hari tu. Saya pulak masih tak boleh makan sehingga pemeriksaan selesai pukul 10 lebih.

Hampir pukul 10 pagi, pergi semula ke klinik UMRA untuk ambil darah sekali lagi. Hmmm..kandungan gula dah berkurang sikit berbanding yang lalu. Hari ini saya menarik nafas lega dan rasa syukur yang amat sangat bila hasil pemeriksaan ultrasound menunjukkan placenta saya dah berada di atas dan baby dalam kandungan pun sihat. Alhamdulillah. Doktor menetapkan tarikh pembedahan saya 2 minggu awal dari tarikh jangkaan, 11 Mac 2011. InsyaAllah... Pada mulanya kami bercadang untuk menjalani pembedahan tersebut pada 27 Mac kerana tarikh EDD saya adalah pada 6 April 2011. (27 Mac adalah tengah2 antara tarikh birthday suami 26 Mac dan birthday Achik 28 Mac). Tapi, doktor tak benarkan. Tak apalah...mungkin ada hikmahnya.

Balik rumah saya beritahu emak keadaan saya. Syukur, Alhamdulillah..kata emak. Emak beritahu saya, dia berdoa siang malam untuk kesihatan saya selepas saya beritahu dia tentang kesulitan saya tempohari. Terima kasih, emak. Terima kasih abah. Terima kasih juga untuk suami dan anak2 yang selalu doakan untuk saya . Saya jadi terharu dengan kasih sayang semua. Walaupun dah 5 kali bersalin tapi kali ini rasa macam baru pertama kali nak menempuh saat2 itu. Apa2pun saya berdoa agar proses kelahiran kali ini berjalan dengan lancar dan selamat. Saya kena kuat semangat, terutamanya untuk anak2 saya yang sangat2 saya sayangi.


Sunday 23 January 2011

TETAMU

Rumah kami seringkali dikunjungi tetamu. Kali ini tetamu kami adalah adik bongsu saya, Dikha bersama suami dan anak2. Dikha datang dari Kulai, Johor. Kali pertama datang ke rumah saya. Selalunya kami saja yang berkunjung ke rumahnya bila ada kesempatan. Meriah sungguh rasanya, tambahan pula emak dan abah pun saya ajak datang sekali ke sini. Yang paling meriah, anak2 lah...dapat berjumpa sepupu2nya, lebih2 lagi si Baby (sekarang kena panggil Achik) dapat jumpa Alia, sepupunya yang baru nak masuk usia 3 tahun.

Dikha datang hari Jumaat dan pulang pada hari Ahad. Sepanjang beliau di sini, saya dan suami ambil peluang ini bawa mereka bersiar2. Tempat yang nak sangat saya bawa diorang ni pergi - I-Citylah...! Gembira sungguh mereka dapat melihat suasana meriah di I-City waktu malam. Apalagi..bergambar sakanlah malam tu. Suami saya adalah jurugambar tak rasmi pada malam tu. Hehehe...Nak tengok semua gambar2 tu..? Ada dalam facebook suami saya (tak sempat saya nak copy dalam lap top).

Hari untuk pulang..Alia menangis tak nak balik.."nak Llong..(bahasa pelat, Mak Long-sayalah tu!). Apa taknya..sepanjang 2 hari di Shah Alam ni, nak ke mana2 mesti duduk atas riba saya. Achik pulak kena duduk belakang...tak apelah Achik...

Sunday 9 January 2011

PLACENTA PREVIA

Saya menjalani pemeriksaan rutin semalam, ditemani suami dan anak2. Everything ok. Cuma ultrasound menunjukkan placenta saya masih di bawah, berdekatan dengan pintu rahim. Doktor kata, saya mengalami placenta previa stage 1. Macam2 doktor explain to us. Timbul pulak rasa takut, risau, sedih tentang kemungkinan2 yang akan berlaku. Saya tak boleh tidur semalaman. Lama saya berdoa, mohon pada Allah agar dipermudahkan proses pembedahan saya kali ini.

Balik dari klinik semalam, tiba2 emak call. Dia tanya keadaan saya. Saya kata, semua ok. Tapi, naluri seorang ibu seakan tahu saya sedang menyembunyikan sesuatu. Emak kata, "Betul semua ok? " Saya kata, betul..semua ok. Emak terus bertanya saya soalan bertubi2. "Betul doktor tak ada cakap apa2? Apa kamu sembunyikan dari mak?" Akhirnya saya mengalah. Saya memberitahu keadaan saya pada emak dan kemungkinan2 yang akan saya hadapi sepanjang proses pembedahan nanti.

Sepanjang malam dan sepanjang hari ini saya terus membuka internet untuk membaca tentang "placenta previa" dan kemungkinan yang saya hadapi dengan ciri2 yang ada pada saya sekarang. Saya berdoa semoga semuanya akan berjalan lancar.