Friday 25 February 2011

UJIAN UNTUK FITRI

Semalam Fitri pulang ke Shah Alam, sendirian. Ambil bas dari Muar lebih kurang pukul 4 petang dan sampai dalam pukul 6.15. Saya mengambilnya di Seksyen 17. Hmmm..seronok dapat jumpa anak bujang sorang ni. Tambah gembira lagi si Achik lah..dapat jumpa ayongnya. Menjerit2 dia kat depan pintu bila nampak Fitri keluar dari kereta.

Macam biasa..ada saja yang dia nak cerita pada saya. Kali ini dia bercerita tentang rusuhan antara pelajar Form 5 dan Form 4 akibat rasa tidak puas hati dan tiada saling menghormati antara senior dan junior. Panjang lebar dia bercerita. Timbul rasa simpati terhadap pelajar senior (kerana saya juga adalah senior dan pioneer semasa di MRSM Taiping dulu) akibat sikap junior yang melampaui batas. Namun begitu, Alhamdulillah kerana Fitri tidak terlibat dengan kes polis ini.

Akhirnya, saya berkata pada dia, " Ayong, kadang2 kita susah menjadi orang baik yang cuba mengajar orang lain menjadi baik. Keadaan di MRSM atau mana2 sekolah tak sama dengan keadaan mama di MRSM 29 tahun yang lalu. Pemikiran kita, kehidupan kita..dah berbeza. Dulu, junior takut dan segan dengan senior. Tapi sekarang bukan setakat dengan senior, dengan guru2 pun dah kurang rasa hormat. Pemikiran ibu bapa sekarang dah berbeza. Berapa orang ibu bapa yang ke sekolah akan berkata kepada gurunya untuk memukul dan menghukum anaknya jika anaknya tidak bawa buku, tidak siap kerja sekolah, apatah lagi kalau buat salah? Mungkin mama seorang saja yang bercakap macam tu pada cikgu2 Abang Uda dan Ika. Orang lain mungkin akan berjumpa cikgu kalau anak dia kena marah.

Tugas Ayong dan kawan2 Form 5 sekarang ni adalah belajar bersungguh2 untuk mencapai kejayaan cemerlang dalam SPM akan datang. Jangan peduli sikap orang lain yang tidak ada kena mengena dengan kita. Bukan mama nak mengajar untuk jadi individualisitk, tapi dalam sesetengah keadaan, sesetengah tempat dan masa, kita kena jadi macam tu. Selalunya orang yang baik dan berniat baik, memang sentiasa teraniaya. Itu ujian Allah.

Lagi satu Ayong kena ingat, setiap orang tidak sama sikap dan sifatnya. Malah adik beradik pun begitu. Ia bergantung kepada cara mereka dibesarkan, corak hidup mereka dan lain2. Dengan Ayong dulu, mungkin mama agak 'strict', tak boleh macam tu, tak boleh macam ni, kena belajar sungguh2, mengaji. Tapi dengan adik2 Ayong, macam Aiman, Ika dan Achik, mungkin mama agak 'open' sebab tu sikap mereka lain. Mereka tak boleh terima cara kita dan kita tak boleh terima cara mereka. Ada perkara yang bagi mereka betul, tapi bagi kita salah dan sebaliknya. Apa2 pun, solat, buat solat hajat dan berdoa agar Allah berikan serta tunjukkan yang terbaik untuk semua."

Ayong diam. "Terima kasih Mama kerana faham Ayong. Sebab Ayong tak ikut perasaanlah Ayong tak join diorang ni bertumbuk. Masa tu Ayong terbayang LDP, terbayang mama dan abah, terbayang court..At last, Ayong terduduk dan perhati saja kejadian tu."

Semoga Ayong tabah menghadapi ujian Allah...


Wednesday 23 February 2011

RUTIN HARI RABU

Hari Rabu menjadi hari yang agak sibuk bagi saya sejak sebulan lebih ini. Kenapa? Sebabnya...hari rabu saya ada kelas hingga pukul 4.00, tetapi terpaksa habiskan awal 10 minit kerana saya perlu menghantar Aiman untuk Ko-Kurikulum pada pukul 4 petang di sekolahnya. Pukul 6 pula saya perlu mengambilnya ( termasuk Ika) semula di sekolah supaya dia ada masa untuk mandi dan solat Asar sebelum dihantar ke Pusat Tuisyen pada pukul 6.55 petang. Nasib baiklah Pusat Tuisyen Mawar tu cuma berdepan saja dengan rumah saya. Memandu cuma mengambil masa 1 minit untuk sampai di pusat tuisyen tersebut.

Lepas maghrib, pukul 8.00 nak kena ambil dia pulak. Sempatlah dia bersolat maghrib di rumah. Itulah rutin saya setiap hari Rabu. Memang betul2 meletihkan dengan keadaan badan yang semakin berat ni. Bukan tak boleh minta hubby ambil anak, tapi kesian juga dengan hubby yang selalu juga balik lewat dengan kerja2 yang banyak dan mencabar. Nampak sangat dia betul2 keletihan. Lagipun biasalah budak2 ni...lebih suka kalau mama yang ambik, boleh melayan diorang nak beli itu ini sebelum sampai ke rumah. Bila semuanya selesai, saya memang rasa letih. Nasib baik ada bibik yang sentiasa berkhidmat menyediakan hidangan makan malam yang menyelerakan dan pantas. Itulah rutin hari Rabu...


Monday 21 February 2011

MARAH DAN HIPOKRIT

Saya paling tidak suka orang yang berpura-pura. Atau dengan kata lain..hipokrit! Ada sesetengah orang, boleh tunjuk 'macho' atau 'anggun' depan orang lain, lebih2 lagi depan orang yang disukai tapi..pada hakikatnya...perangai macam harimau nak mencakar orang!

Kenapa mesti hipokrit? Nak tunjuk pada orang (especially orang yang diminati) yang kita ni baik? Nak tunjuk yang kita ni gentleman or feminine? No way..! Saya ni tak reti nak tunjuk2. Kalau saya nak marah, saya marah. Kalau saya rasa, saya masih boleh bersabar, saya akan diam. Kalau anak2 buat salah dan perlu dimarahi, saya akan marah betul2! Tak kira dengan anak saudara ke..anak kawan ke...Saya ni kejam ke..atau garang? Tidak..saya ni anggap mereka semua (anak2 saya, anak2 saudara) macam anak sendiri. Sebab nak mendidik mereka, sebab sayangkan mereka, sebab nak mereka semua menjadi orang yang berilmu dan beriman. Kenapa mesti memilih bulu pulak? Ada orang memilih anak saudara pulak. Ada sesetengah anak saudara yang dia sayang, cakap lembut, bak kata orang lembut gigi dari lidah, tapi ada pulak anak saudara yang dia boleh marah macam harimau nak terkam kucing!

Macam tu lah juga saya marah pelajar2 saya. Minggu depan ni minggu terakhir saya bersama mereka. Mereka akan menduduki peperiksaan akhir pada 10 Mac. Betul2 tarikh saya akan ke hospital untuk menjalani pembedahan. Minggu ni saya ambil peluang untuk membebel dan memberi nasihat akhir kepada pelajar2 saya. Saya kata pada mereka, 'Umur awak semua hampir sama dengan umur anak sulung saya. Saya anggap awak semua macam anak saya. Sebab tu saya marah kalau awak semua malas, tak menumpukan perhatian dalam kelas, main2 dalam kelas, sibuk dengan handphone berbanding syarahan saya di depan. Bayangkan harapan dan impian ibu bapa awak macamana impian dan harapan saya terhadap anak saya.." Hmm..macam2 saya berleter. Semua terdiam mendengar leteran saya. Apa2 pun saya berharap satu hari nanti mereka akan sedar dan ingat pada segala leteran saya.


Saturday 19 February 2011

DOAKAN MAMA

Saya sering mengaji, lebih kerap ketika saya mengandung. Sama juga seperti kali ini. Cuma bezanya kali ini, saya akan baca lebih banyak dan berulang2 kali. Usia yang semakin meningkat, risiko yang semakin tinggi..saya belum bersedia lagi untuk meninggalkan anak2 saya serta emak dan abah yang sangat2 memerlukan saya.

Setiap masa yang terluang, saya akan rindukan kenangan masa lalu bersama anak2, bermula dari Fitri, Fareha, Aiman, Ika dan Baby. Saya akan mengingati saat2 saya melahirkan mereka, membesarkan mereka, bersama mereka, tak lepas walaupun sesaat. Saya tahu, kalau ditakdirkan apa2 berlaku pada saya, anak2lah yang akan merindui saya, begitu juga emak dan abah. Bagi anak2, bagi abah dan emak, sayalah segala2nya untuk mereka. Setiap kali mengingati mereka, saya berazam untuk menjadi kuat. Saya kena kuat! Saya kena banyak berdoa agar saya selamat dalam kelahiran ini.

Saya menjadi orang yang sangat sensitif sejak akhir2 ini. Tapi saya selalu terfikir, 'kalau saya sensitif pun, apa yang saya dapat?' Saya dah 'immune' dengan semua perasaan tak tentu arah ini. Saya mahu beri yang terbaik untuk anak2 saya serta baby dalam kandungan saya. Saya dah beransur tua..42 tahun. Apa lagi pilihan yang saya ada? Berserah dan bertawakkal kepada Allah. Doa anak2 menjadi kekuatan saya. Apa yang saya buat sekarang ialah setiap hari saya memegang dan memeluk Aiman, Ika dan Baby...berbisik pada mereka 'Doakan mama...'