Friday 25 February 2011

UJIAN UNTUK FITRI

Semalam Fitri pulang ke Shah Alam, sendirian. Ambil bas dari Muar lebih kurang pukul 4 petang dan sampai dalam pukul 6.15. Saya mengambilnya di Seksyen 17. Hmmm..seronok dapat jumpa anak bujang sorang ni. Tambah gembira lagi si Achik lah..dapat jumpa ayongnya. Menjerit2 dia kat depan pintu bila nampak Fitri keluar dari kereta.

Macam biasa..ada saja yang dia nak cerita pada saya. Kali ini dia bercerita tentang rusuhan antara pelajar Form 5 dan Form 4 akibat rasa tidak puas hati dan tiada saling menghormati antara senior dan junior. Panjang lebar dia bercerita. Timbul rasa simpati terhadap pelajar senior (kerana saya juga adalah senior dan pioneer semasa di MRSM Taiping dulu) akibat sikap junior yang melampaui batas. Namun begitu, Alhamdulillah kerana Fitri tidak terlibat dengan kes polis ini.

Akhirnya, saya berkata pada dia, " Ayong, kadang2 kita susah menjadi orang baik yang cuba mengajar orang lain menjadi baik. Keadaan di MRSM atau mana2 sekolah tak sama dengan keadaan mama di MRSM 29 tahun yang lalu. Pemikiran kita, kehidupan kita..dah berbeza. Dulu, junior takut dan segan dengan senior. Tapi sekarang bukan setakat dengan senior, dengan guru2 pun dah kurang rasa hormat. Pemikiran ibu bapa sekarang dah berbeza. Berapa orang ibu bapa yang ke sekolah akan berkata kepada gurunya untuk memukul dan menghukum anaknya jika anaknya tidak bawa buku, tidak siap kerja sekolah, apatah lagi kalau buat salah? Mungkin mama seorang saja yang bercakap macam tu pada cikgu2 Abang Uda dan Ika. Orang lain mungkin akan berjumpa cikgu kalau anak dia kena marah.

Tugas Ayong dan kawan2 Form 5 sekarang ni adalah belajar bersungguh2 untuk mencapai kejayaan cemerlang dalam SPM akan datang. Jangan peduli sikap orang lain yang tidak ada kena mengena dengan kita. Bukan mama nak mengajar untuk jadi individualisitk, tapi dalam sesetengah keadaan, sesetengah tempat dan masa, kita kena jadi macam tu. Selalunya orang yang baik dan berniat baik, memang sentiasa teraniaya. Itu ujian Allah.

Lagi satu Ayong kena ingat, setiap orang tidak sama sikap dan sifatnya. Malah adik beradik pun begitu. Ia bergantung kepada cara mereka dibesarkan, corak hidup mereka dan lain2. Dengan Ayong dulu, mungkin mama agak 'strict', tak boleh macam tu, tak boleh macam ni, kena belajar sungguh2, mengaji. Tapi dengan adik2 Ayong, macam Aiman, Ika dan Achik, mungkin mama agak 'open' sebab tu sikap mereka lain. Mereka tak boleh terima cara kita dan kita tak boleh terima cara mereka. Ada perkara yang bagi mereka betul, tapi bagi kita salah dan sebaliknya. Apa2 pun, solat, buat solat hajat dan berdoa agar Allah berikan serta tunjukkan yang terbaik untuk semua."

Ayong diam. "Terima kasih Mama kerana faham Ayong. Sebab Ayong tak ikut perasaanlah Ayong tak join diorang ni bertumbuk. Masa tu Ayong terbayang LDP, terbayang mama dan abah, terbayang court..At last, Ayong terduduk dan perhati saja kejadian tu."

Semoga Ayong tabah menghadapi ujian Allah...


No comments:

Post a Comment