Monday 7 March 2011

MENUNGGU HARI...

Saya dah mula bercuti seminggu hari ini. Bagaimanapun, masih banyak lagi kerja2 yang harus saya siapkan sebelum menjalani pembedahan hari Sabtu ni. Oh ya! Tarikh pembedahan saya ditunda satu hari, bukan hari Jumaat 11 Mac tetapi hari Sabtu 12 Mac, jam 9 pagi. Harap2 saya masih sempat untuk menyiapkan semua kerja2 yang tertunda. Kenapa tarikh ditunda? Hubby minta ketua doktor pakar pembedahan yang menjalankan pembedahan untuk saya. Memandangkan doktor tersebut outstation dan akan berada di pusat bersalin tersebut pada 12 Mac, maka pembedahan saya ditunda ke tarikh tersebut.

Sabtu lepas saya menjalani pemeriksaan, ditemani hubby dan anak2 yang bertiga tu. Baby dalam kandungan saya agak besar. Doktor menasihatkan saya untuk mula berehat, takut2 keadaan kandungan yang berat itu boleh menyebabkan premature labour jika saya banyak bergerak. Yang lain semua ok. InsyaAllah, semuanya akan berjalan lancar.

Semalam Fitri dan Fareha call. Mereka akan pulang pada hari Jumaat, 11 Mac. Fitri akan pulang sendirian bersama kawan2nya yang berasal dari Shah Alam. Fareha pula akan pulang ditemani kawan2 rapatnya. Nampaknya, anak2 saya semua ada untuk membuatkan saya lebih bersemangat dan kuat untuk menjalani pembedahan ini.

Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk sampai ke 12 Mac. Saya harap dan berdoa agar semuanya ok. Si Achik pula dah tak sabar2 nak menunggu Ucunya. Tiap2 hari pegang perut saya dan rasa tendangan dan gerakan baby.

Doakan agar saya selamat menjalani pembedahan ini. Amin.

No comments:

Post a Comment