Thursday 10 March 2011

2 HARI LAGI

Tinggal 2 hari sahaja lagi saya akan menjalani pembedahan untuk melahirkan anak bongsu kami. Rasa berdebar, risau, tak sabar...semuanya ada. 15 tahun dulu, saya melahirkan Fareha juga melalui pembedahan di salah sebuah klinik pakar bersalin di Teluk Intan, Perak. Perasaan masa tu, tak adalah risau macam ni. Mungkin waktu itu, saya masih muda. Umur pun baru 27 tahun...jauh bezanya berbanding sekarang.

Masa tu, bila doktor kata, saya kena menjalani pembedahan pukul 5 petang ( dapat tahu untuk pembedahan pukul 12.30 tengahari), saya menangis. Bukan kerana takut..tapi teringatkan baju kebaya yang baru ditempah. Terfikir dek saya, 'bolehke badan saya kurus macam dulu?' 'Boleh ke saya pakai balik baju kebaya yang baru aje ditempah tu?'. Sedih...takut perut buncit! Hehehe...Tapi paling sedih masa saya menerima arahan doktor tu, hubby tak ada di sisi. Dia masih di UiTM Sabah (saya pula pulang ke kampung awal untuk bersalin). Masa tu terfikir juga, bolehkah saya berjumpa dia lagi..?

Sekarang...keadaannya jauh berbeza. Saya dah berusia 42 tahun. Anak2 dah 5 orang. Hubby pun dah semakin berusia. Mereka sangat memerlukan saya. Dan, saya sendiri pun semakin sedar tanggungjawab saya terhadap mereka. Saya nak melihat mereka membesar, mendidik mereka sehingga berjaya, memelihara dan menjaga mereka dengan penuh kasih sayang...melihat kejayaan hubby dalam kerjayanya (InsyaAllah, dan saya doakan dia menjadi salah seorang yang penting di UiTM nanti). Semuanya ini merupakan semangat dan inspirasi saya untuk terus kuat mengharungi apa jua cabaran. Dan saya selalu berdoa agar pembedahan ini berjalan lancar dan sempurna.

Semalam, ibu mentua pula call, memberi semangat untuk saya melalui proses pembedahan ini. Emak dan Abah juga selalu memberi kekuatan pada saya. Alhamdulillah, pagi ni saya rasa agak tenang dan bersemangat. Saya tak boleh takut. Saya tahu Allah sangat Adil, sangat Mengetahui. Saya yakin Allah sangat mengetahui apa yang ada di dalam hati saya. Saya tahu Allah Mengetahui apa impian dan harapan saya.

Ya Allah, berikan saya kekuatan. Amin...



No comments:

Post a Comment