Friday 25 March 2011

FARENA ALESYA DAN HAPPY BIRTHDAY

Esok genap 2 minggu saya melahirkan FARENA ALESYA (anak kami yang ke enam dan yang bongsu) melalui pembedahan. Esok juga adalah hari ulangtahun husband yang ke 46. Bila melihat pada usia, rasanya memang wajarlah FARENA ALESYA menjadi anak yang bongsu. Dan, bagi saya inilah satu2nya hadiah yang tidak ternilai atas pengorbanan yang mampu saya berikan sempena ulangtahun husband pada kali ini.

/

















Bila melihat gambar2 dan rakaman video yang husband ambil semasa hari pembedahan, membuatkan saya rasa terharu, sedih, gembira dan bersyukur kerana Allah masih memanjangkan usia saya, memberi kesempatan kepada saya untuk melihat semula keluarga saya yang bahagia.

Pagi Sabtu, 12 Mac, pukul 5 pagi husband dah bangun, bersiap untuk solat di Masjid Negeri. Satu2nya rutin hari minggu yang telah lama kami tinggalkan sejak saya mulai sarat mengandung. Saya juga terus tak tidur, lepas solat subuh, baca Yassin, berdoa..Entah..tiba2 saya rasa sedih. Saya takut saya tak akan sedar lagi. Saya masih belum bersedia untuk itu. Pukul 8.30 kami bertolak ke UMRA, di temani Ika dan Baby (Achik). Satu2nya peristiwa yang mengharukan bila bersalaman dengan anak2 yang tinggal di rumah. Saya tahan kesedihan itu. Saya mahu anak2 nampak saya happy tapi dalam kereta, airmata saya mengalir juga.



Pukul 10.50 pagi, saya ditolak masuk ke Operation Theatre, diiringi husband dan 2 orang anak kami yang nakal2 tu. Melalui rakaman video, baru saya tersedar betapa perasaan husband pada saya tetap seperti 20 tahun yang lalu...penuh kasih, cinta dan sayang. Mulut saya tak terucap kata ampun, saya simpan dalam hati, menemani saya di bilik pembedahan. Pukul 11 pagi, doktor yang akan menjalankan pembedahan masuk dan 8 minit selepas itu, saya terdengar suara tangisan si Comel. Lahirlah puteri bongsu kami...Farena Alesya.

Esok... birthday husband. Dah janji nak belanja dia makan Nasi Arab. Satu2nya favourite food dia sekarang. Terima kasih Abang..., terima kasih anak2 mama yang sentiasa mendoakan Mama....Apa lagi balasan atas kasih sayang dan pengorbanan dari mereka tersayang? Lagipun, saya nak celebrate sekali birthday Achik yang jatuh pada 28 Mac.

Untuk husband dan anak2, especially Achik, Happy Birthday my dear..Semoga sentiasa dalam rahmat Allah. Amin.

Thursday 10 March 2011

2 HARI LAGI

Tinggal 2 hari sahaja lagi saya akan menjalani pembedahan untuk melahirkan anak bongsu kami. Rasa berdebar, risau, tak sabar...semuanya ada. 15 tahun dulu, saya melahirkan Fareha juga melalui pembedahan di salah sebuah klinik pakar bersalin di Teluk Intan, Perak. Perasaan masa tu, tak adalah risau macam ni. Mungkin waktu itu, saya masih muda. Umur pun baru 27 tahun...jauh bezanya berbanding sekarang.

Masa tu, bila doktor kata, saya kena menjalani pembedahan pukul 5 petang ( dapat tahu untuk pembedahan pukul 12.30 tengahari), saya menangis. Bukan kerana takut..tapi teringatkan baju kebaya yang baru ditempah. Terfikir dek saya, 'bolehke badan saya kurus macam dulu?' 'Boleh ke saya pakai balik baju kebaya yang baru aje ditempah tu?'. Sedih...takut perut buncit! Hehehe...Tapi paling sedih masa saya menerima arahan doktor tu, hubby tak ada di sisi. Dia masih di UiTM Sabah (saya pula pulang ke kampung awal untuk bersalin). Masa tu terfikir juga, bolehkah saya berjumpa dia lagi..?

Sekarang...keadaannya jauh berbeza. Saya dah berusia 42 tahun. Anak2 dah 5 orang. Hubby pun dah semakin berusia. Mereka sangat memerlukan saya. Dan, saya sendiri pun semakin sedar tanggungjawab saya terhadap mereka. Saya nak melihat mereka membesar, mendidik mereka sehingga berjaya, memelihara dan menjaga mereka dengan penuh kasih sayang...melihat kejayaan hubby dalam kerjayanya (InsyaAllah, dan saya doakan dia menjadi salah seorang yang penting di UiTM nanti). Semuanya ini merupakan semangat dan inspirasi saya untuk terus kuat mengharungi apa jua cabaran. Dan saya selalu berdoa agar pembedahan ini berjalan lancar dan sempurna.

Semalam, ibu mentua pula call, memberi semangat untuk saya melalui proses pembedahan ini. Emak dan Abah juga selalu memberi kekuatan pada saya. Alhamdulillah, pagi ni saya rasa agak tenang dan bersemangat. Saya tak boleh takut. Saya tahu Allah sangat Adil, sangat Mengetahui. Saya yakin Allah sangat mengetahui apa yang ada di dalam hati saya. Saya tahu Allah Mengetahui apa impian dan harapan saya.

Ya Allah, berikan saya kekuatan. Amin...



Monday 7 March 2011

MENUNGGU HARI...

Saya dah mula bercuti seminggu hari ini. Bagaimanapun, masih banyak lagi kerja2 yang harus saya siapkan sebelum menjalani pembedahan hari Sabtu ni. Oh ya! Tarikh pembedahan saya ditunda satu hari, bukan hari Jumaat 11 Mac tetapi hari Sabtu 12 Mac, jam 9 pagi. Harap2 saya masih sempat untuk menyiapkan semua kerja2 yang tertunda. Kenapa tarikh ditunda? Hubby minta ketua doktor pakar pembedahan yang menjalankan pembedahan untuk saya. Memandangkan doktor tersebut outstation dan akan berada di pusat bersalin tersebut pada 12 Mac, maka pembedahan saya ditunda ke tarikh tersebut.

Sabtu lepas saya menjalani pemeriksaan, ditemani hubby dan anak2 yang bertiga tu. Baby dalam kandungan saya agak besar. Doktor menasihatkan saya untuk mula berehat, takut2 keadaan kandungan yang berat itu boleh menyebabkan premature labour jika saya banyak bergerak. Yang lain semua ok. InsyaAllah, semuanya akan berjalan lancar.

Semalam Fitri dan Fareha call. Mereka akan pulang pada hari Jumaat, 11 Mac. Fitri akan pulang sendirian bersama kawan2nya yang berasal dari Shah Alam. Fareha pula akan pulang ditemani kawan2 rapatnya. Nampaknya, anak2 saya semua ada untuk membuatkan saya lebih bersemangat dan kuat untuk menjalani pembedahan ini.

Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk sampai ke 12 Mac. Saya harap dan berdoa agar semuanya ok. Si Achik pula dah tak sabar2 nak menunggu Ucunya. Tiap2 hari pegang perut saya dan rasa tendangan dan gerakan baby.

Doakan agar saya selamat menjalani pembedahan ini. Amin.