Tinggal sebulan 18 hari sahaja lagi saya akan meninggalkan kampus ini dan bertukar ke kampus Alamanda. Teringat saya pada hari pertama melaporkan diri di UiTM Johor, 16 April 2002. Perasaan gembira waktu itu dapat bersama keluarga, suami dan anak2 setelah 1 1/2 tahun berjauhan kerana melanjutkan pelajaran. Hari ini saya gembira juga dan sedih kerana berjauhan dengan emak dan abah di Labis, dengan kawan2 di Jabatan Ekonomi dan teman2 sekampus.
Sekarang saya adalah ketua bagi Jabatan Ekonomi dan bila di kampus baru nanti saya adalah pensyarah biasa, sama seperti kawan2 yang lain. Kali pertama menjejakkan kaki di UiTM ini, ketua saya adalah Puan Hajah Kursimah. Beliau juga adalah koordinator Program Diploma In Banking. Seorang yang cantik dan sentiasa tersenyum.
(Puan Hajah Kursimah (bertudung cerah) dan Puan Zailati)
Selama lebih 7 tahun saya di sini, ketua Jabatan bertukar ganti. Selepas Puan Kursimah, ketua saya adalah Puan Zarina (sedang menunggu viva PhD-tak lama lagi bergelar Dr Zarina), kemudian En Bazri, orang yang tak lokek dengan ilmu dan sentiasa membantu.
(En Bazri - kawan yang sentiasa membantu)Dan saya telah berada di jawatan ini sejak Julai 2008 yang lepas dan sepatutnya berakhir pada Jun 2010. Saya sangat terhutang budi kepada semua kawan2 di jabatan Ekonomi, terutamanya pada bekas2 ketua saya kerana merekalah yang telah memberi tunjuk ajar dan semangat sepanjang saya menjadi pemimpin jabatan.
Biar ketua silih berganti, namun rasa hormat menghormati di kalangan teman2 sejabatan tidak pernah luntur. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing2. Semua orang tidak sempurna. Mungkin saya tidak baik pada sesuatu perkara tetapi mungkin saya baik di dalam perkara yang lain. Mungkin saya sangat tegas dalam sesuatu perkara, tapi mungkin tidak tegas pada perkara yang lain pula. Saya tidak sempurna. SEMUA ORANG TIDAK SEMPURNA. Saya tidak akan jadi orang lain. Saya TIDAK akan jadi Puan Kursimah, saya TIDAK akan jadi Puan Zarina dan saya juga BUKAN En Bazri. Saya adalah saya yang banyak kelemahan dan cuba memperbaiki kelemahan itu.
Bagi saya apa yang penting, bagaimana hati kita menerima ketua yang baru. Keikhlasan kita menerima orang baru, ketua baru..itulah yang akan menentukan prestasi dan semangat kerja. Bagi saya, kita bekerja kerana Allah, bukan kerana orang lain. Saya sangat berterima kasih kepada semua kawan2 di jabatan yang sentiasa menghormati saya sebagai ketua, yang sentiasa bekerjasama dalam banyak perkara dan sentiasa memberi dorongan kepada saya. Dalam menerima seseorang ketua, soal hati menjadi pokok utama. Semoga hati mereka sentiasa ikhlas menerima ketua yang baru (pengganti saya....).
Terima kasih sekali lagi untuk semua rakan2 jabatan...PM Ismail Shaari, PM Abdullah, Tn Hj Hasan, Tn Hj Mustaffa, Puan Azizah Daut, Azman, Bazri, Diana, Juliana, Azira, Azurah, Puan Kursimah, Noranita, Fariza, Tan, Puan Zailati, Puan Zarina, En Razak, Azim, Azlan.
BIAR KETUA SILIH BERGANTI, KERJASAMA SENTIASA TERPAHAT DIHATI...BEKERJALAH KERANA ALLAH..