Wednesday 17 February 2010

MRSM MUAR..tempat jatuh lagi dikenang


3 Mac 1982 saya mendaftarkan diri sebagai pelajar di MRSM Muar. Saya adalah kumpulan pertama pelajar MRSM Taiping yang ditempatkan sementara di Muar (sehingga Taiping siap dibina). 28 tahun telah berlalu. Saya masih ingat lagi ketika itu, abah dan emaklah antara orang yang paling lewat keluar dari pagar MRSM. Beberapa kali keluar masuk pagar-ada aje barang keperluan yang hendak dibeli. Akhirnya, abah beredar pulang hampir pukul 5.00 petang. Saya masih ingat lagi semua peristiwa itu. Dan kawan baik saya ketika itu adalah Anisah Ahmad Jaini, orang Masai, Johor.





Hari ini saya mengulangi lagi kisah 28 tahun yang lalu. Bezanya kali ini saya menghantar anak sulung saya, Fitri. Fitri telah berjaya ke Tingkatan 4, MRSM Muar. Tempat saya menuntut ilmu satu masa dulu. Kejayaan Fitri ke MRSM telah memakbulkan harapan dan impian abahnya yang tertunda waktu Fitri tingkatan 1 dulu. Saya bangga, terharu dan bersyukur pada Allah yang Maha Esa yang telah memberikan rahmat dan nikmatNya yang tidak terhingga ini.

Hari ini saya dan suami menjadi seperti abah dan emak pada 28 tahun yang lalu. Kami juga adalah antara orang yang paling lewat keluar dari pintu pagar MRSM serta beberapa kali keluar masuk pagar, ada-ada aje barang yang hendak dibeli dan beberapa kali bawa Fitri keluar makan. Akhirnya kami beredar selepas suami bersolat Asar di surau asrama.

MRSM Muar telah banyak berubah. Kalau dulu, asrama kami asrama papan. Macam rumah. Tapi sekarang semua telah bertukar ke bangunan2 batu. Bilik asrama pun dah berubah. Dulu kami berdua sebilik, tapi sekarang berempat- tetap selesa. Dah tak ada lagi katil2 kayu yang siap laci ditepinya. Semua telah bertukar katil besi. Saya masih ingat lagi kelas saya waktu kami menyusuri tepian MRSM. Fuh...! Kenangan indah!

Fitri bercita2 untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perakaunan. Semoga Allah memperkenankan doa dan impiannya. Amin.

2 comments:

  1. Salam.

    Akaun?? JANGAN!!!!
    Ambik Kedoktoran la.. hehehe

    ReplyDelete
  2. Terjumpa pula blog puan.. wpun dh past 7years dan anak puan pun dah grad dr U dah kot.. tapi tetap rasa nk komen..

    Sy batch 98/99. Zaman sy blok perempuan mmg dh blok batu. Blok lelaki siap masa kami form5..
    3 mac 1982 sy belum lahir lagi :)

    ReplyDelete