Friday 10 April 2009

Hari Lahir...

5 April yang lepas adalah ulangtahun hari lahir saya yang ke 40. Bila buka email ramai kawan2 yang mengucapkan selamat hari lahir, tak ketinggalan juga yang menghantar sms. Dalam diam tak diam, umur telahpun masuk ke angka 4... Saya rasa, sekarang ni saya patut berubah. Mana yang tidak elok, kena dielokkan. Saya harus buang segala sifat2 saya yang tidak baik (yang saya tak sedar) untuk menjadi insan yang lebih baik dari hari2 yang lepas.


Memang susah untuk mengubah sifat yang sudah sebati dengan diri kita. Tapi, saya harus berubah..kerana Allah. Saya harus berubah untuk menjaga dan membelai amanah yang Allah beri kepada saya..suami, anak2 dan keluarga..Saya tahu, umur saya untuk melihat dunia ini tidak panjang..masa untuk saya bersama insan2 yang saya sayang sangat terhad. Usia adalah milik Allah..Dia yang Maha Pencipta..Hanya Dia yang Mengetahui..

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum puan..

    Selamat hari lahir puan..Bertemu puan di sini...saya Nurhuda Md Tahir bekas student puan dulu..puan apa khabar..?

    http://wwwnurhuda-cahayapetunjuk.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Selamat hari jadi!!

    Saya 4 tahun lagi baru 40. Tapi uban dah berserabut kat kepala dah ni..

    Kirim salam pada rakan2 UiTM Johor

    ReplyDelete