Semalam keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke MRSM keluar. Suami call tengahari memberitahu keputusan dah keluar, minta no IC Fitri untuk membuat semakan melalui internet. Malangnya, saya tak simpan no IC dia (salinan IC ada di rumah). Hati berdebar2 juga. Kebetulan pula kelas saya di Alamanda hingga pukul 6 petang, jadi tak dapat nak balik sekejap untuk ambil salinan IC tersebut. Dalam pukul 4, Fitri call. Dia kata, salah seorang gurunya memberitahu dia telah berjaya dapat peluang ke MRSM Muar. Alhamdulillah. Terus saya memberitahu berita gembira ini pada suami. Malamnya, suami menyemak semula di internet untuk mendapatkan makluman terperinci untuk kemasukan tersebut.
Hari ini, Fitri call lagi. Bertanya kepada saya, "Mama, macamana pandangan mama..? Ayong pegi ke tidak..?" Saya katakan pada beliau, bahawa ini adalah peluang dan rahmat Allah. Orang lain terlalu ramai yang mohon untuk memasuki MRSM, tapi tak mendapat peluang ini. Jangan sia2kan peluang yang ada. Sambil tu, bertawakkallah..! Untuk lebih tenteram, buatlah solat Istikhorah. Dia bersetuju untuk melakukan solat Istikhorah. Semoga dia mendapat jawapannya...Amin.
tentang kisah2 silam, pahit manis, suka duka, bersama2 di MRSM Taiping, tak terasa masa beredar terlalu pantas. Tak puas berjumpa dengan kawan2 lama, lebih2 lagi room mate saya (junior) yang sentiasa memahami dan menjadi "good listener" untuk saya. Saya juga adalah tempat dia meluahkan segala perasaan, kegembiraan dan kehampaannya setiap kali pulang dari kelas. Sayalah satu2nya orang yang tahu dia minat sangat2 kat siapa..Hehehe...
