Monday 4 January 2010

4 JAN, AIMAN DAN IKA

Hari ni hari pertama persekolahan. Hari ini juga hari pertama saya akan berjumpa dengan pelajar2 di kampus yang baru setelah 7 tahun bersama UiTM Johor. Hari ini saya amat kagum dengan anak2 saya, Aiman dan Ika. Sebabnya? Sebab Aiman pergi ke sekolah baru menaiki van sendirian, tanpa ditemani saya atau suami. Saya minta dia solat subuh dan berdoa agar segala urusannya di sekolah dipermudahkan. Buat pertama kali saya terpaksa menyerahkan urusan sekolah pada anak, sekecil 10 tahun. Alhamdulillah..bila balik dari sekolah, dia beritahu yang dia dah mendapat beberapa orang kawan. Masa di kelas ada latihan sains dan dia hanya salah satu. Bangga dan dalam hati saya mengucap syukur yang tidak terhingga.


Ika...saya dan suami sangat kagum dan bangga dengan Ika! Hari pertama dia bersekolah, hari pertama dia berjumpa guru2, hari pertama dia akan melalui alam persekolahan yang penuh warna-warni...dan dia sendiri! Dia ke sekolah sendiri, menaiki van, tanpa ditemani mama dan abahnya, tanpa ditemani sesiapa pun! Saya dan suami bertawakkal melepaskan Ika ke sekolah. Saya terpaksa. Pagi tadi saya ada mesyuarat jabatan (pertama kali bagi saya) di fakulti. Tengahari pula saya bergegas ke kampus Alamanda kerana ada mesyuarat akademik untuk staf Alamanda. Suami juga begitu. Hari ini agak sibuk kerana beliau juga terpaksa menghadiri mesyuarat sebelah pagi dan petang. Apakan daya..Sepanjang masa saya berdoa dalam hati, lindungi Ika, permudahkan segala urusan Ika.


Balik sekolah dalam pukul 6.50 petang, dia tiba di rumah dengan senyuman yang menawan dari dalam van. Saya terus mendapatkannya, bertanya tentang perasaannya. Dia kata dia happy. Dia sendiri bertanya cikgu jalan ke dewan perhimpunan, ke kelas...Dah berjumpa ramai kawan. Oh, tak terfikir saya dia boleh lakukan semua ini dan dia boleh hadapi semua ini! Sebagai ibu, saya akan terus berdoa agar Ika dan Aiman terus berjaya, tabah dan cemerlang.


Oh, ya..Hari ni Fareha dan Fitri menghubungi saya. Rindunya mendengar suara anak2 yang jauh. Saya tak dapat nak menjenguknya setiap minggu atau pada waktu2 yang terluang. Namun ingatan dan doa saya akan terus bersama mereka....

No comments:

Post a Comment