Wednesday 4 May 2011

BERPANTANG YANG TAK PANTANG


Pejam celik, pejam celik, waktu pantang saya dah pun berakhir. Hari ini merupakan hari yang ke 54 saya melahirkan Farena Alesya. Namun begitu, masih ada lagi makanan2 tertentu yang saya tak berani nak makan. Masa berpantang saya yang sebenar2nya (kalau mengikut pantang orang2 tua) cuma 10 hari pertama saja. 10 hari pertama tulah saya tak jejak tanah, tak keluar rumah....Mmm..masuk minggu kedua saya dah ke Cyberjaya meraikan birthday husband.


Minggu ketiga saya dah memandu, bawa abah untuk check up sebelum pembedahan matanya di DEMC. Minggu ketiga dan keempat, memang agak sibuk sebab abah menjalani pembedahan katarak di DEMC. Jadi, saya akan berulang alik dari rumah ke DEMC yang jaraknya tak sampai 10 minit dari rumah. Rutin harian saya kini dah seperti biasa. Pergi pasar, hantar Aiman pergi Ko-Kurikulum, pergi latihan sukan, pergi tuition...hmm...memang seronok! Baby kecik?? Hmm..dia pun lasak macam mama dia jugak..Ikut pergi pasar, ikut pergi TESCO, ikut pergi GIANT..itulah kerja saya dan Farena Alesya hampir setiap hari. Belum campur lagi pergi makan kat luar atau jalan2 dengan husband every weekend.


Saya ni bukan tak nak berpantang seperti orang dulu2 tapi..kalau saya berpantang macam tu, siapa yang nak hantar Aiman pergi Ko? Pergi tuition? Hantar abah ke DEMC? Hantar Ika beli maniklah, beli itu ini untuk kerja2 seni dia kat sekolah? Itu semua memang kerja2 saya...Kadang2 saya teringin untuk kali terakhir melahirkan ini, saya berpantang betul2 macam orang zaman dulu...Tapi..keadaan sekeliling menuntut saya untuk tidak berdaya memenuhi keinginan itu. ( Chewah...!..hehehe..!)


Minggu lepas pun saya dah ke ofis sekejap, ada discussion AKNC. Kebetulan minggu lepas pula si Fitri balik bercuti kerana dia tidak terlibat dalam sukan MRSM. Jadi, tugas sayalah yang bawa dia berjalan2 membeli barang keperluan. Sambil tu, saya pun nak berjalan jugak...! (Hehehe..)


Apa2pun saya percaya, berpantang beriya2 bukanlah penyebab untuk badan sihat, wajah berseri, tubuh badan cantik, tapi..lebih dari itu. Ibarat kata emak saya yang cukup sporting bab pantang2 ni..yang penting sekali ialah HATI. Jika HATI kita penuh rasa syukur, penuh keikhlasan (bukan setakat ikhlas terhadap manusia, tapi juga PENCIPTANYA), penuh redha..badan akan jadi sihat, fikiran akan tenang dan sekaligus wajah jadi berseri. Macam saya!!
(Hehehe...sorry bergurau aje!! Tapi jangan tak tahu ramai kawan2 yang datang berziarah, kata saya nampak muda..)

Alamak..! Saya bangga ke? Taklah..Kan saya dah kata saya bergurau aje..Saya bukan menolak adat2 lama, tapi hakikatnya saya kena kuat, saya kena tunjuk saya kuat untuk anak2 saya..Saya kena nampak sihat demi anak2..Kalau saya sakit, letih, lesu, tak boleh buat itu dan ini, macamana anak2 saya nak menjalani rutinnya..? Biar apapun, saya tetap percaya bahawa segala2nya terletak pada HATI. Kita nak sihat, nak sakit,nak cantik, nak baik, nak jahat, nak pandai, nak bodoh, nak beriman, tak nak beriman, nak marah, nak sabar..dan segala NAK lagi..semuanya di HATI. HATI yang cantik, segala2nya akan jadi cantik. Kalau tidak cantik di mata manusia, ia tetap cantik di mata ALLAH. Saya selalu kata di dalam hati, 'Biarlah saya tak cantik dan mulia di mata manusia asalkan saya cantik dan mulia di sisiMu, Ya Allah'...Amin.,










No comments:

Post a Comment