Sunday 15 May 2011

HAPPY MOTHER'S DAY

Hari Ibu dah berlalu seminggu yang lalu. Saya rasa, saya masih ada kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu untuk emak saya, emak mentua saya dan semua ibu2 yang saya kenal atau tidak kenal dan terima kasih atas segala pengorbanan kita sebagai ibu. (HaHaHa..!) Bagi saya, setiap hari adalah hari ibu kerana setiap detik, selagi jantung berdenyut, kasih kita terhadap ibu tidak akan pudar dan tidak pernah pudar.


Hari Ibu tahun ni, saya terima hadiah sekuntum bunga dari Ika, ucapan Hari Ibu dari Aiman dan Fitri dan paling mengharukan, saya menerima sehelai tudung yang sangat cantik dari Fareha yang baru saja pulang bercuti. Sebak hati saya bila membaca kad ucapannya. Saya tak sangka, saya amat bermakna baginya.


Setelah 18 tahun, saya berusaha sedaya upaya menjadi ibu yang terbaik untuk anak2 saya. Saya adalah ibu yang cuba memahami dan menjadi pendengar setia kepada anak2. Saya telah cuba mencurahkan sepenuh kasih sayang buat anak2, bukan setakat hanya dengan pelukan, tapi lebih dari itu....PENDENGAR SETIA.


Sejak anak2 kecil, saya cuba menjadi pendengar setia untuk mereka. Bukan saya tak tegas. Saya tegas. Saya pernah pukul Fitri dengan kayu semasa dia darjah 2 hanya semata2 dia mendapat markah 67% untuk subjek matematiknya. Saya pernah hantuk kepala Fareha di lantai hanya kerana dia lambat mengira sewaktu membuat latihan matematik. Saya pernah sumbat cili padi dalam mulut Ika hanya kerana dia menjerit. Saya memang ibu yang tegas, garang TAPI..saya tak pernah lupa untuk menjadi pendengar dan cuba memahami mereka. Syukur Alhamdulillah..hari ini anak2 mencari saya untuk bercerita, hari ini anak2 menyampaikan ucapan Hari Ibu untuk saya, hari ini anak2 sentiasa di sisi saya dan bukan di sisi orang lain. Malah saya lebih bersyukur kerana hari ini anak2 saya faham mereka adalah anak2 yang sangat bertuah kerana ada seorang ibu yang sangat menyayangi mereka bukan dengan membeli pakaian yang mahal2, bukan dengan barang2 berjenama, bukan dengan panggilan "cayang" atau "manje" atau "bucuk" tetapi dengan kasih sayang dan pengorbanan yang tulus. Kasih sayang itu hanya HATI saja yang bisa merasa, hanya JIWA saja yang bisa berkata.


Saya rimas, terharu, sedih bila membaca, melihat, memerhati...ada ibu yang tidak kisahkan anak, dan ada anak yang tidak kisahkan ibu...Di manakah silapnya? Bagi saya, KITA yang silap kerana KITA tidak pernah menegur kesilapan mereka, tidak pernah mengambil berat erti kasih sayang sebenar dan KITA bertanggungjawab membiarkan situasi ini terus berlaku...


Untuk anak2 ku, Fareha, Ika, Achik dan Alesya..semoga kalian akan menjadi ibu yang paling baik dan di redhai Allah....Terima kasih kerana menyayangi Mama...


No comments:

Post a Comment