Monday 15 June 2009

RINDU

Dalam diam tak diam, sudah minggu ketiga suami bertugas di Shah Alam. Setakat ini, Alhamdulilah..baby tak meragam sangat. Cuma sesekali, dia akan bertanya "ne abah?". Bila saya tanya balik pada dia, jawapannya "Cah ayam.." (pelat Shah Alam). Jumaat malam yang lepas, suami buat surprise..balik ke rumah jam 11.30 malam menaiki bas. Terharunya saya..Saya menangis dalam hati melihat ketulusan kasih suami..dan hingga sekarang ni bila saya ingat balik, saya akan menangis..menangis yang sungguh2.


Semalam hari paling sayu bagi saya..Anak2 semua balik untuk sekolah. Fitri (outing ke rumah sebelah pagi) dan Fareha pulang ke asrama , Aiman saya hantar pulang ke rumah atuknya dan suami pula pulang ke Shah Alam. Keadaan akan menjadi sunyi semula.


Saya rindu pada keriuhan dan kenakalan anak2. Rindu pada gelagat mereka. Rindu pada semua...Saya rasa dalam situasi seperti ini, saya rindu masa2 lalu...Saya berharap satu hari nanti kami dapat bersama kembali...bersama suami dan anak2...Semoga Allah memperkenankan impian saya...Amin.

3 comments:

  1. salam Kak Zura,
    Saya faham bagaimana rasanya menanggung rindu. Sekurang-kurangnya rindu Kak Zura akan terubat bila berjumpa dengan yang dirindui. Tapi bagi saya, bila rindu menjengah hanya kenangan yang mampu digapai. Kak Zura lebih beruntung dari saya.

    ReplyDelete
  2. Betul tu Ja..kak zura bersyukur dengan apa yang ada..Memang kenangan sangat indah untuk tidak dilupakan. Kak zura kagum dengan kekuatan dan ketabahan Ja. Semoga satu hari nanti Allah akan berikan yang terbaik untuk Ja.

    ReplyDelete
  3. Saya juga pernah mengalaminya selama lebih kurang setahun lebih sewaktu mula-mula posting ke Segamat.

    Pasti Allah lebih mengetahui hikmah di sebaliknya. Sabar adalah penawar dan pasti akan tiba khabar gembira kelak.

    ReplyDelete