Wednesday 12 May 2010

PEMBANTU RUMAH

Hari ini bibik tak ada. Dia dah balik semalam. Di ambil oleh agennya, kerana ibunya sakit tenat. Dia balik dan terus berhenti. Belum sampai setahun lagi. Mungkin itu yang terbaik untuk kami. Siang malam saya berdoa minta Allah beri petunjuk dan jawapan yang terbaik. Mungkin ini jawapannya. Saya redha. Anak2 pun redha. Tiada siapa yang rasa sangat2 terkilan dengan kepulangan bibik, Apa2 pun saya mengucapkan terima kasih kepada bibik yang telah menjaga anak2 saya selama 10 bulan ini.

Petang ni pula saya akan menjalani 'laser operation' di DEMC. Sekali lagi, saya terharu dengan pengorbanan emak dan abah yang sanggup datang dari Labis (naik bas) semata2 untuk menjaga anak2 saya dan membantu menguruskan rumah sementara ketiadaan bibik.

Pagi ni, saya betul2 macam suri rumah sepenuh masa. Hehehe...pagi2 sediakan nasi goreng (bibik pun tak buat sarapan! kadang2 aje!). Sediakan air epal ais (tanpa gula) untuk suami, air minuman untuk bekalan ke ofis. Fuh! Betul2 surirumah tangga! Bukan tak biasa sediakan saarapan sebegini, tapi selalunya taklah teratur dan tersusun macam ni. Everything looks so nice..organized..and perfect!

Ok. Saya nak bersiap untuk ke DEMC pulak. Pakaian untuk tidur di wad belum disiapkan lagi. Semoga 'pembedahan' saya kali ini berjaya mengeluarkan batu2 karang yang ada.


2 comments:

  1. Salam Puan,
    Batu karang kat mana? kak yati dulu kat gall bladder. Sekarang dah buang gall bladder.Tapi buat pembedahan macam tebuk saja. Mungkin Puan kat kidney kot.Semuga semuanya berjaya dan selamat. Amin.

    ReplyDelete
  2. Semoga pembedahan kak zu berjalan lancar.. insyaAllah

    ReplyDelete