Saturday, 30 January 2010

KAWAN LAMA

Berjumpa kawan lama setelah 23 tahun tak berjumpa memang peristiwa yang paling manis dan menggembirakan. Dalam pertemuan 2 jam, rasanya terlalu singkat untuk bercerita penuh mesra dan gembira seperti dulu. Bercerita tentang kisah2 silam, pahit manis, suka duka, bersama2 di MRSM Taiping, tak terasa masa beredar terlalu pantas. Tak puas berjumpa dengan kawan2 lama, lebih2 lagi room mate saya (junior) yang sentiasa memahami dan menjadi "good listener" untuk saya. Saya juga adalah tempat dia meluahkan segala perasaan, kegembiraan dan kehampaannya setiap kali pulang dari kelas. Sayalah satu2nya orang yang tahu dia minat sangat2 kat siapa..Hehehe...


Masa di MRSM dulu, kawan sekelas ibarat adik beradik. Kami amat rapat. Begitu juga dengan pelajar junior. Kini, masing2 telah berjaya dengan kerjaya dan kehidupan masing2. Dulu, waktu di MRSM, kami sentiasa bantu membantu, sokong menyokong. Kalau pelajar lelaki ada perlawanan bolasepak dengan sekolah lain, kami pelajar perempuan turut sama turun padang memberi sokongan. Itulah istimewanya "batch" 1982-MRSM Taiping. Hingga sekarang ni pun, semangat tolong menolong, memberi sokongan tetap ada dalam hati masing-masing.

Semoga ia tetap begitu hingga akhirnya. Semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati hubungan kami.

Sunday, 24 January 2010

SATU MINGGU YANG PENAT

Dah lama tak update blog. Agak sibuk sikit minggu ni. Hari Ahad lepas hantar Fitri dan Fareha balik ke Segamat selepas 2 hari bersama. Mereka balik ke sini hari Jumaat lepas. Seronok dapat berjumpa dengan anak2 tersayang. Macam biasa, bila nak hantar ke stesyen bas, saat yang paling membosankan! Kali ni saya menangis juga, tapi di dalam hati. Saya kena rasional dan positif..mereka pulang untuk belajar, menimba ilmu, mungkin di tempat yang lebih baik dari apa yang saya boleh berikan kepada mereka bila mereka bersama saya. Hanya doa sahaja yang dapat saya iringkan, semoga Allah mudahkan perjalanan mereka.

Minggu ni agak sibuk sikit. 2 hari saya di fakulti, ada "vetting" untuk kertas peperiksaan akhir. Oh...sungguh memenatkan, sakit mata, sakit kepala! Hari Jumaat kelas macam biasa. Saya sepatutnya harus ke Kem Perkasaan dan Motivasi, anjuran fakulti bagi staf yang baru di fakulti. Malangnya saya tak dapat nak turut serta memandangkan saya harus membawa Baby ke pediatrician untuk pemeriksaan.

Semoga minggu akan datang menjadi lebih baik dan ceria..!

Friday, 15 January 2010

SUASANA BARU

Minggu pertama kuliah telah sampai ke penghujungnya. Saya dah memulakan kuliah untuk kedua2 kursus di kampus Alamanda dan juga fakulti. Sambil tu, saya sedang memikirkan tajuk penyelidikan yang hendak dibuat tahun ini. Dah ada beberapa tajuk dalam fikiran cuma nak memulakan penulisan tu memang betul2 menguji saya!

Saya berdoa agar Allah beri saya kekuatan dan semangat untuk menulis. Rasa seronok berdepan dengan pelajar2 di fakulti yang kebanyakannya adalah bekas pelajar saya di Johor! Rasa hormat mereka terhadap saya, bekas pensyarah dan juga KP mereka tidak hilang walaupun berada di tempat yang baru dalam suasana yang baru.

Semoga keadaan ini akan terus begini...Amin.

Tuesday, 5 January 2010

CULIK

Hari ni cerita tentang sekolah lagi. Petang ni Ika balik awal. Pukul 6.10 dia dah tiba ke rumah dengan senyuman, turun dari van sekolah aunty Tan. Dia terus beritahu saya, aunty Tan puji dia sebab dia orang pertama naik van petang ni, Saya tanya kenapa? Dia kata, "adik jalan laju2, sorang2 masa kat sekolah tadi. Adik takut orang culik,". Saya senyum.

Mudah2an dia akan terus ingat pesanan2 kami/guru. Semoga Allah terus melindunginya. Di sini, saya dan keluarga belajar menghadapi hidup sendiri, tanpa ada emak dan abah tempat bergantung. Kalau di Segamat dulu, emak dan abah sanggup datang dari Labis untuk membantu kami menguruskan hal anak2. Tapi di sini...kami lakukan sendiri. Redha, tawakkal, berdoa tanpa henti...Itulah hikmahnya dan nikmatnya penghijrahan ini.

Monday, 4 January 2010

4 JAN, AIMAN DAN IKA

Hari ni hari pertama persekolahan. Hari ini juga hari pertama saya akan berjumpa dengan pelajar2 di kampus yang baru setelah 7 tahun bersama UiTM Johor. Hari ini saya amat kagum dengan anak2 saya, Aiman dan Ika. Sebabnya? Sebab Aiman pergi ke sekolah baru menaiki van sendirian, tanpa ditemani saya atau suami. Saya minta dia solat subuh dan berdoa agar segala urusannya di sekolah dipermudahkan. Buat pertama kali saya terpaksa menyerahkan urusan sekolah pada anak, sekecil 10 tahun. Alhamdulillah..bila balik dari sekolah, dia beritahu yang dia dah mendapat beberapa orang kawan. Masa di kelas ada latihan sains dan dia hanya salah satu. Bangga dan dalam hati saya mengucap syukur yang tidak terhingga.


Ika...saya dan suami sangat kagum dan bangga dengan Ika! Hari pertama dia bersekolah, hari pertama dia berjumpa guru2, hari pertama dia akan melalui alam persekolahan yang penuh warna-warni...dan dia sendiri! Dia ke sekolah sendiri, menaiki van, tanpa ditemani mama dan abahnya, tanpa ditemani sesiapa pun! Saya dan suami bertawakkal melepaskan Ika ke sekolah. Saya terpaksa. Pagi tadi saya ada mesyuarat jabatan (pertama kali bagi saya) di fakulti. Tengahari pula saya bergegas ke kampus Alamanda kerana ada mesyuarat akademik untuk staf Alamanda. Suami juga begitu. Hari ini agak sibuk kerana beliau juga terpaksa menghadiri mesyuarat sebelah pagi dan petang. Apakan daya..Sepanjang masa saya berdoa dalam hati, lindungi Ika, permudahkan segala urusan Ika.


Balik sekolah dalam pukul 6.50 petang, dia tiba di rumah dengan senyuman yang menawan dari dalam van. Saya terus mendapatkannya, bertanya tentang perasaannya. Dia kata dia happy. Dia sendiri bertanya cikgu jalan ke dewan perhimpunan, ke kelas...Dah berjumpa ramai kawan. Oh, tak terfikir saya dia boleh lakukan semua ini dan dia boleh hadapi semua ini! Sebagai ibu, saya akan terus berdoa agar Ika dan Aiman terus berjaya, tabah dan cemerlang.


Oh, ya..Hari ni Fareha dan Fitri menghubungi saya. Rindunya mendengar suara anak2 yang jauh. Saya tak dapat nak menjenguknya setiap minggu atau pada waktu2 yang terluang. Namun ingatan dan doa saya akan terus bersama mereka....

Saturday, 2 January 2010

ORIENTASI TAHUN 1

Pagi tadi ke hari orientasi pelajar tahun 1 SK Seksyen 9. Hantar Puteri (Ika) saya yang comel tu masuk sekolah hari ni. Tiba saja di perkarangan sekolah kami diarahkan terus ke dewan. Tengok murid2 yang kecil2 dan comel2. Tak ada yang menangis. Puteri pun tak menangis. Murid2 tahun 1 diminta duduk dalam kumpulan kelas masing2, terpisah dari ibu bapa. Saya lihat Puteri berkumpul dengan kawan2 tanpa airmata. Lega hati saya. Taklimat bermula dan berakhir dalam 2 jam selepas itu.


Selama 2 jam, saya dan suami sempat juga menguruskan kelas Aiman dan membuat pembelian buku2 untuk Puteri dan Aiman. Suami sempat juga "lari" ke pasar kejap...malam ni ada kawan lama yang nak datang berkunjung. Selepas sessi taklimat, saya ke kelas Ika untuk selesaikan urusan bayaran yuran, buku teks dan pendaftaran kelas. Dalam saya sibuk beratur hampir satu jam, Ika dah hilang entah ke mana..Rupa2nya dia dah dapat kawan baru dan sibuk main..Nampak dia sangat gembira dan senang dengan alam sekolahnya.


Saya harap dia tak akan menangis hari Isnin nanti sebab dia akan ke sekolah sendirian, menaiki van. Saya dan suami tak dapat hantar kerana urusan kerja yang penting pada hari itu. Semoga dia akan gembira selalu.....Amin.