Tuesday 12 May 2009

SALAM PERPISAHAN

Hari ini saya menghadiri 2 majlis perpisahan, majlis pertama untuk rakan pensyarah (Puan Sharifah Aliman) juga merangkap Setiausaha (orang kuat) PEWANI dan yang keduanya majlis perpisahan untuk suami saya yang dianjurkan oleh staf Bahagian Pentadbiran. Bila menghadiri majlis seperti ini, ia tak akan lari dari perasaan sebak, sedih, terharu dan airmata...begitu juga saya. Semasa saya menghadiri majlis Puan Sharifah Aliman, saya rasa sebak kerana lepas ni saya tak tahu bila saya akan dapat bertemu kembali dengan beliau (yang dikenali sebagai Kak Ana). Dialah rakan, dialah kakak, dialah tempat rujukan, dialah idola....dan dia adalah dia...yang tetap unggul, tabah dan kuat untuk hadapi segala dugaan.


Majlis perpisahan suami dibuat di Hotel VIP, Segamat. Mungkin bagi saya, perasaan sebak tidaklah seperti staf2 yang lain. Saya masih boleh berjumpa suami setiap hujung minggu dan yang pastinya saya dan anak2 akan bersama suami pada hujung tahun ini (perancangan kami untuk berpindah ke Shah Alam). Lagipun saya dah menangis sejak 3 ke 4 minggu yang lalu sewaktu mendengar khabar angin suami akan berpindah. Masa tu saya menangis sampai bengkak2 mata (seperti yang saya ceritakan pada entri sebelum ini). Bagi staf pentadbiran, mungkin ia merupakan satu kehilangan yang amat besar..


Kadangkala perpisahan itu indah..kerana ia mengajar kita untuk lebih menghargai apa yang kita telah tiada. ..

1 comment:

  1. Assalamualaikum Zu

    Kak Ana rasa terharu dengan tulisan awak di blog ini. Terima kasih kerana menjadi sahabat dan rakan yang baik.

    Teruskan perjuangan sebagai seorang isteri dan staf UiTM yang dedikasi dan mulia.

    ReplyDelete