22 Januari saya sekali lagi ditemani suami menjalani pemeriksaan rutin di Klinik UMRA. Kali ini kena minum air gula dan ambil darah sekali lagi. Fuh..!! Macam biasa...rasa pening2 aje bila kena minum air gula tu..Nasib baik hari ini suami yang teman dan memandu untuk saya. Nak menunggu pukul 9.30 pagi untuk ambik darah sekali lagi (untuk tentukan paras gula dalam darah)..rasanya macam terlalu lama. Nasib baik hari ini, bibik, mak dan abah, dikha sekeluarga ada kat rumah. Merekalah yang menyediakan sarapan dan lunch untuk hari tu. Saya pulak masih tak boleh makan sehingga pemeriksaan selesai pukul 10 lebih.
Hampir pukul 10 pagi, pergi semula ke klinik UMRA untuk ambil darah sekali lagi. Hmmm..kandungan gula dah berkurang sikit berbanding yang lalu. Hari ini saya menarik nafas lega dan rasa syukur yang amat sangat bila hasil pemeriksaan ultrasound menunjukkan placenta saya dah berada di atas dan baby dalam kandungan pun sihat. Alhamdulillah. Doktor menetapkan tarikh pembedahan saya 2 minggu awal dari tarikh jangkaan, 11 Mac 2011. InsyaAllah... Pada mulanya kami bercadang untuk menjalani pembedahan tersebut pada 27 Mac kerana tarikh EDD saya adalah pada 6 April 2011. (27 Mac adalah tengah2 antara tarikh birthday suami 26 Mac dan birthday Achik 28 Mac). Tapi, doktor tak benarkan. Tak apalah...mungkin ada hikmahnya.
Balik rumah saya beritahu emak keadaan saya. Syukur, Alhamdulillah..kata emak. Emak beritahu saya, dia berdoa siang malam untuk kesihatan saya selepas saya beritahu dia tentang kesulitan saya tempohari. Terima kasih, emak. Terima kasih abah. Terima kasih juga untuk suami dan anak2 yang selalu doakan untuk saya . Saya jadi terharu dengan kasih sayang semua. Walaupun dah 5 kali bersalin tapi kali ini rasa macam baru pertama kali nak menempuh saat2 itu. Apa2pun saya berdoa agar proses kelahiran kali ini berjalan dengan lancar dan selamat. Saya kena kuat semangat, terutamanya untuk anak2 saya yang sangat2 saya sayangi.